Salinan laporan polis Kes liwat Anwar Ibrahim II

Anwar Ibrahim gagal mendapatkan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful agar memudahkan proses pembelaan di mahkamah. Oleh itu peguambela beliau tidak mengetahui biji butir kesalahan, apa, bila, di mana, bagaimana liwat itu telah diadakan.

Pada 14 Ogos 2008, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar akhirnya kesal mengapa salinan laporan polis tidak diserahkan. Tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh mendapatkan salinan itu kerana ia dibenarkan mengikut proses perundangan.[11] Setahun kemudian, Syed Hamid digugurkan daripada jawatan menteri.Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat aduan kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI supaya menyiasat tuduhan tersebut mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman. Ramai ulama mencadangkan beliau menggunakan saluran undang-undang di Mahkamah Syariah dan peruntukan Qazaf.[12]

Qazaf ialah tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali menurut Mahkamah syariah. Anwar tidak merujuk kepada mahkamah sivil kerana tiada peruntukan yang sama di bawah undang-undang sivil.[13]

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...